Menu
Faks AmSesebuah "mesin faks" biasanya terdiri daripada pengimbas imej, modem, dan pencetak.
Sungguhpun wujudnya pelbagai jenis peranti penghantaran dokumen cetakan secara elektrik sejak abad ke-19, namun mesin faks moden hanya diterima ramai pada pertengahan 1970-an apabila teknologi menjadi cukup canggih dan kos ketiga-tiga tekonologi sandaran tersebut menurun. Mesin faks digital mula-mulanya menjadi laris di Jepun, di mana mesin faks digital jelas mengatasi teknologi-teknologi lain yang bersaing seperti teleprinter, kerana ketika itu adalah lebih cepat untuk menulis tulisan kanji berbanding menaipnya (sebelum kemudahan editor kaedah input dibangunkan). Lama-kelamaan, faks menjadi murah dan laris di seluruh dunia pada tahun 1980-an.
Walaupun kebanyakan perniagaan masih menggunakan kemudahan faks, namun teknologi faks kian menghadapi saingan dari sistem-sistem yang berasaskan Internet. Namun demikian, mesin faks masih ada kelebihan, khususnya bagi penghantaran bahan-bahan sensitif yang tidak boleh dikirim melalui Internet tanpa penyulitan, berikutan mandat-mandat seperti Sarbanes-Oxley dan Akta Kemudahalihan dan Kebertanggungjawaban Insurans Kesihatan (HIPAA). Di sesetengah negara, memandangkan tandatangan elektronik pada kontrak tidak diiktiraf oleh undang-undang seperti mana bagi kontrak bertandatangan yang difakskan, maka mesin faks masih laris digunakan oleh perniagaan.
Dalam sebilangan besar syarikat, mesin faks kendiri telah diganti oleh "pelayan faks" dan bermacam-macam sistem berkomputer yang mampu menerima dan menyimpan faks secara elektronik, kemudian menujukan faks tersebut kepada pengguna pada kertas atau melalui e-mel (yang boleh dijamin keselamatannya). Sistem-sistem sedemikian berkelebihan dalam mengurangkan kos dengan menidakkan cetakan yang tidak perlu serta mengurangkan bilangan talian telefon analog yang diperlukan dalam pejabat.
Menu
Faks AmBerkaitan
Faks Faksimili Faksimili (nyahkekaburan) Faksh Faksdal Fasha Sandha Fakulti Undang-Undang UiTM Faktor pertumbuhan seperti insulin 1 Faisal Halim FalsafahRujukan
WikiPedia: Faks http://www.garretwilson.com/essays/computers/group... http://www.secretlifeofmachines.com/secret_life_of... http://www.yahowto.com/How_To_Fax http://www.hffax.de/html/hauptteil_faxhistory.htm http://www.technikum29.de/en/communication/fax.sht... http://www.exploratorium.edu/ronh/SLOM/0301-The_FA...