Orang
Hakka ([hak-ka] Bahasa Mandarin:
Kèjīa, 客家) ialah sebuah suku
bangsa Han yang tertumpu di wilayah-wilayah
Guangdong,
Jiangxi, dan
Fujian di
China. Nenek moyang mereka sering dikatakan berasal dari
China Utara atau
China Tengah berabad-abad dahulu. Namun, asal-usul orang Hakka masih hangat diperdebatkan. Adalah dikatakan bahawa dalam beberapa gelombang penghijrahan, orang Hakka berpindah, menetap di tempat-tempat mereka berada sekarang di China selatan, dan kemudiannya berhijrah seberang laut ke negara-negara lain. Orang Hakka banyak berpengaruh sepanjang sejarah China dan
orang Cina seberang laut: khususnya, mereka telah menjadi satu sumber pemimpin revolusi, politik dan ketenteraan, tidak memeranjatkan kerana suku Hakka ini banyak berjelajah[
perlu rujukan] di dalam dan luar China, serta memegang pandangan seluruh China [
perlu rujukan] dan bukannya pandangan setempat panglima-panglima setempat ketika Zaman Panglima Cina.Orang Hakka paling banyak dijumpai di wilayah-wilayah selatan China, tetapi juga boleh didapati di wilayah-wilayah utara; contohnya terdapat rancangan berita televisyen yang dibaca dalam bahasa Hakka di
Xi'an,
Shaanxi. Kehadiran suku Hakka ada di merata negara China.