Menu
Keningau SosialBahasa Melayu meluas di gunakan di bandar ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dialek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dialek-dialek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:
Bahasa Melayu Baku | Loghat Bahasa Melayu |
---|---|
Limpas | tumpang lalu |
ngam | sesuai, sepadan |
bangas | basi |
bangali | merujuk kepada keturunan Pakistan |
batagar | berkarat |
bikin | buat |
palui | bodoh |
pantat | punggung |
sandi | teruk |
siring | tepi |
Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.
Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.
Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.
Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah Keningau.
Senarai Perpustakaan Awam:
A. Perpustakaan Desa
B. Perpustakaan Cawangan
Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha oleh kaum Cina.
Menu
Keningau SosialBerkaitan
Rujukan
WikiPedia: Keningau http://dialograkyat.blogspot.com/2010/12/keningau-... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18615 //scholar.google.com/scholar?q=%22Keningau%22 //www.google.com/search?&q=%22Keningau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kenin... //www.google.com/search?q=%22Keningau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Keningau%22... http://www.tahanlama.com.my/Malaysia+History http://www.sabah.gov.my/md.kgu/index.php?lang=en http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/