Lower Manhattan ialah bahagian yang paling selatan di pulau
Manhattan, iaitu pulau utama dan pusat perniagaan dan pentadbiran
Bandar Raya New York. Lower Manhattan atau "pusat bandaraya" (downtown) sering ditakrifkan sebagai kawasan yang digariskan dengan
14th Street di utara,
Sungai Hudson di barat ,
Sungai East di timur, dan
Pelabuhan New York (juga dikenali sebagai
Upper New York Bay) di selatan. Apabila memaksudkan kawasan perniagaan hilir Manhattan dan tempat-tempat sekitarnya, sempadan utaranya ditetapkan oleh jalan-jalan raya yang terletak kira-kira satu setengah batu di selatan 14th Street dan sebatu di utara hujung selatan pulau:
Chambers Street dari dekat Sungai Hudson ke arah timur hingga pintu masuk dan laluan atas
Jambatan Brooklyn. Dua lagi jalan raya utama juga kadang-kadang dianggap sebagai sempadan utara "Manhattan hilir" atau "pusat bandar":
Canal Street, kira-kira setengah batu di utara Chambers Street, dan
23rd Street, kira-kira setengah batu di utara 14th Street. Diterajui oleh
Wall Street, di Lower Manhattan, Bandar Raya New York ialah
pusat kewangan dunia[1][2][3][4][5][6][7] dan juga tempat letaknya
Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi pemodalan pasaran syarikat tersenarai.