Menu
Tawau DemografiRamai yang tidak tahu sebenarnya penduduk tempatan Tawau adalah terdiri daripada Orang-Orang Melayu (Bumiputera Islam Sabah). Kewujudan orang Melayu di Tawau sebagai penduduk peribumi telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British lagi. Pengiktirafan ini turut dibuktikan dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri bermula tahun 1920 yang dianggotai antaranya 3 pemimpin Melayu iaitu Imam Mustapa, Habib Sheikh dan OKK Abdullah bersama pembantu-pembantu mereka. Hari ini, Mahkamah Anak Negeri dipengerusikan oleh OKK Ayub bin OKK Abu Bakar sebagai Ketua Anak Negeri yang menggantikan OKK Said Salabbi pada tahun 2000. Sebelum itu, jawatan Penghulu atau Ketua Anak Negeri pernah dipegang oleh beberapa orang di kalangan anak jati tempatan Melayu peribumi seperti OKK Kee Abdullah, OKK Abu Bakar, OKK Zainal, OKK Salleh Ajak, OKK Said Salabi dan OKK Kee Ayub.[3]
Orang-orang Melayu ini sebenarnya gabungan masyarakat Melayu daripada pelbagai suku keturunan Melayu yang terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loghat Tawau selama ratusan tahun lagi. Mereka juga telah lama hidup bersama sejak zaman pemerintahan British dan zaman pendudukan tentera Jepun sehinggalah Sabah merdeka bersama Malaysia. Dari segi sejarahnya pula, mereka adalah orang-orang Melayu yang pernah bersatu di bawah satu pertubuhan lama, Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( P.K.M.T. ) pada tahun 1945 selepas tamat Perang Dunia dan pendudukan Jepun. Kemudian mereka bersatu pula di bawah payung sebuah parti politik keramat, Persatuan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada tahun 1961 untuk menuntut kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Pemimpin orang-orang Melayu Tawau yang pernah berjasa ialah Habib Sheikh (1912), Imam Mustapa (1925), Habib Hussein (1932), Penghulu Abu Bakar (1940), Haji Abdul Karim Haji Drahman (1959) dan Datuk Abu Bakar Titingan (1962).[3][2]
Sehingga 2000, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.
Statistik Populasi (Banci 1991) | |
Jumlah | 300000 |
Perempuan | 114,416 |
Lelaki | 130,312 |
Melayu | 11,516 |
Lun Bawang/Lun Dayeh | 921 |
KadazanDusun | 2,808 |
Bajau | 17,094 |
Murut | 1,529 |
Bumiputera Lain | 24,946 |
Cina | 35,097 |
Bukan-Bumiputera Lain | 3,727 |
Jumlah Warganegara Malaysia | 152,695 |
Jumlah Warganegara Bukan-Malaysia | 92,033 |
Sebaran Populasi | 14.1% |
Ketumpatan Populasi | 40/km² |
Menu
Tawau DemografiBerkaitan
Tawau Tawau (kawasan persekutuan) Tawau FM Tawau Express Tadau Kaamatan Tawas Tawaf Tawanan perang dalam Islam Tawanan perang TawaRujukan
WikiPedia: Tawau http://discovertawau.com/ http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18636 http://etawau.com http://facebook.com/mytawau/ //scholar.google.com/scholar?q=%22Tawau%22 //www.google.com/search?&q=%22Tawau%22+site:news.g... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Tawau... //www.google.com/search?q=%22Tawau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Tawau%22+-w... http://puadede.com/v1/tawau-dan-sejarahnya/