Kontroversi UNIC

Penjenamaan nama kumpulan

Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records, beberapa masalah telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka. Dengan itu nama UNIQUE dan UNIQ telah digunakan sebagai ganti tetapi telah mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan dalam kalangan peminat setia UNIC. Setelah mereka berbincang dengan pihak pengurusan Hijjaz Records, akhirnya mereka mendapat semula nama UNIC dan digunakan sehingga kini.

Selain itu, terdapat sumber yang mengatakan bahawa sebahagian bekas anggota UNIC telah berikrar bahawa mereka tidak mahu menyertai lagi UNIC sama ada melalui reunion mahupun berhubung lagi dengan UNIC. Antara anggota Unic yang tidak ingin bersama reunion ialah Wan Shah. Walaubagaimanapun, Wan Shah masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota Unic yang lain iaitu Fitri dan Afendi.

Rujukan

WikiPedia: UNIC http://www.facebook.com/official.unic http://www.twitter.com/unicnasyeed http://www.youtube.com/user/unictvproduction?featu... http://www.hmetro.com.my/articles/Tidakselamanyaka... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICanjurkem/Art... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICterusaturlan... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt...