Zon euro —atau
kawasan euro (euro area) secara rasminya
[8] — ialah
kesatuan ekonomi dan kewangan yang dianggotai 19 negara dalam
Kesatuan Eropah yang menerima pakai euro (€) sebagai mata wang tunggal.Kawasan ini disertai oleh negara
Austria,
Belanda,
Belgium,
Cyprus,
Estonia,
Finland,
Jerman,
Ireland,
Itali,
Latvia,
Lithuania,
Luxembourg,
Malta,
Perancis,
Portugal,
Sepanyol,
Slovakia,
Slovenia dan
Yunani. Negara-negara EU lain (kecuali
Denmark dan
United Kingdom) diwajibkan masuk sekiranya memenuhi kriteria untuk melakukan sedemikian.
[9] Tiada satupun negara yang meninggalkan kawasan ini, dan tiada peruntukan untuk melakukan sedemikian mahupun dibuang dari kawasan tersebut.
[10] Andorra,
Monaco,
San Marino dan
Kota Vatikan mempunyai persetujuan yang formal dengan EU untuk menggunakan euro sebagai matawang rasmi serta mengeluarklan duit syiling tersendiri.
[11][12][13] Kosovo dan
Montenegro telah memakai euro secara sepihaknya
[14] tetapi tidak termasuk dalam zon ini mahupun mempunyai perwakilan dalam
Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) atau dalam
Kumpulan Euro.
[15]Bank Pusat Eropah pimpinan seorang presiden serta sebuah lembaga ketua-ketua
bank pusat serata benua tersebut menetapkan
dasar kewangan kawasan ini. Tugas utama bank pusat tersebut ialah mengekalkan kadar inflasi di bawah tahap yang boleh dikawal. Meskipun perwakilan, pentadbiran atau
dasar fiskal yang sama untuk
kesatuan matawang itu tidak ada, masih ada juga kerjasama yang dilakukan dalam Kumpulan Euro yang membuat keputusan politik berkaitan euro serta kawasan yang diwakilinya.
Kumpulan Euro ini terdiri daripada menteri-menteri kewangan negara anggota kawasan euro, namun pemimpin negara turut boleh dilibatkan dalam keadaan kecemasan.