.za

.za adalah domain peringkat tinggi kod negara Internet untuk Afrika Selatan.Ia datang daripada nama negara tersebut dalam bahasa Belanda (dahulunya antara bahasa rasmi negara tersebut sebagai suatu jajahan British selain bahasa Inggeris sebelum digantikan dengan bahasa Afrikaans) iaitu "Zuid-Afrika"; Nama negara itu dalam bahasa Afrikaans ialah "Suid-Afrika" namun domain terbitan singkatan ia, ".sa" telah dipakai negara Arab Saudi.