Bahasa Inggeris/
بهاس ايڠݢريس (BI: English) ialah
bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di
United Kingdom,
Amerika Syarikat, kebanyakan negara
Komanwel termasuk
Australia dan
Kanada, dan bekas
koloni British yang lain. Ia juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.Bahasa Inggeris kini ialah yang keempat (atau kebarangkalian ketiga bergantung kepada sumber) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia (selepas
Cina,
Hindi dan secara pertikaian
Sepanyol), dengan kira-kira 380 juta penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status
lingua franca di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca daripada ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari
Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di
Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.Meskipun terdapat banyak pengaruh global daripada penutur Bahasa Inggeris asli di
pawagam,
pesawat penumpang,
penyiaran,
sains dan di
Internet pada dekad kebelakangan, Bahasa Inggeris sekarang ialah
bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia walaupun bahasa lain seperti
Perancis dan
Sepanyol juga mengekalkan kepentingan di dunia.Kebanyakan pelajar di seluruh dunia digalakkan belajar sekurang-kurangnya sebahagian Bahasa Inggeris, dan pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.