Trivia 10_Briged_Para

Selain Brigedier Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah mantan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Md. Hashim Hussein, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin, Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin juga Mantan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa dan Panglima 1 Divisyen sekarang iaitu Mej Jen Dato' Mazelan bin Kasap. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratrooper wanita.