Kegunaan 128-bit

  • 128 bit ialah saiz kekunci untuk sifer simetri dalam bidang kriptografi. Ia juga merupakan saiz untuk alamat Pengecam Unik Sejagat dan IPv6.
  • Pemproses 128-bit akan menjadi lebih lazim apabila ingatan boleh alamat 16 eksbibait tidak lagi mencukupi kerana ia memungkinkan pengalamatan ingatan sebanyak 340,282,366,920,938,463,463,374,607,431,768,211,456 bait (340.3 ~ undesilion bait atau 281,474,976,710,656 yobibait). Namun demikian, had fizikal untuk ingatan sebesar ini kini tidak dapat dicapai berdasarkan pencapaian teknologi semasa, dengan jumlah itu jauh melebihi jumlah data yang kini disimpan di Bumi.
  • Nombor titik apung kepersisan kuadrupel (128-bit) dapat menyimpan nombor titik tetap qkata (64-bit) atau integer dengan tepat tanpa kehilangan kepersisan. Perhatikanlah bahawa sejak pemproses 8087 (1980), seni bina x86 telah mula menyokong titik apung 80-bit yang menyimpan dan memproses integer 64-bit dengan lebih tepat.
  • Banyak kad grafik moden (pada 2007) mempunyai bas data 128-bit atau 256-bit ke ingatan.
  • Playstation 2 CPU Emotion Engine yang diterbitkan oleh Sony diiklankan sebagai pemproses 128-bit. Walau demikian, meskipun ia mempunyai daftar SIMD 128-bit sebagaimana dengan banyak pemproses yang lain, ia sebenarnya hanya merupakan pemproses 64-bit daripada segi tradisional kerana hanya menggunakan alamat ingatan 64-bit.
  • Set suruhan maya AS/400 menetapkan semua penuding sebagai 128-bit. Ini diterjemahkan ke dalam set suruhan nyata perkakasan jika diperlukan, dan membenarkan perkakasan yang mendasarinya bertukar tanpa keperluaan untuk menyusun semula perisian. Perkakasan dahulu ialah komputer set suruhan kompleks (CISC) 32-bit, manakala perkakasan kini ialah PowerPC 64-bit. Kerana penuding ditetapkan sebagai 128-bit, perkakasan masa depan yang menggunakan 128-bit tidak akan menghadapi sebarang ketakserasian perisian.
  • Kadar bit yang lebih besar juga umumnya ditemui dalam cip kad grafik, dengan sesetengah saiz basnya mencapai 512-bit panjangnya.