Tabulating Machine Company (Syarikat Mesin Penjadualan) dibentuk oleh Herman Hollerith di Washington, D.C. selepas beliau memenangi pertandingan yang diadakan oleh Biro Banci Amerika Syarikat untuk mencari suatu kaedah yang lebih cekap bagi menjadualkan data banci. Syarikat itu merupakan syarikat mesin penjadualan dan perakaunan elektrik yang pertama di dunia. Mesin Penjadualan Kad Tebuknya mempergunakan arus elektrik untuk mengesan lubang pada kad-kad tebuk supaya dapat menjumlahkan data.