Produksi 24_(filem)

Perkembangan

"Ramai penulis dan pengarah telah mencuba menerbitkan filem yang berkaitan dengan perjalanan masa. Tetapi filem ini adalah berdasarkan perspektif saya terhadap genre ini,, dan tidak seperti yang selalu berlaku dalam filem berkaitan perjalanan masa. Saya telah memelihara naratif sangat mudah, supaya sesiapa sahaja yang berumur di antara enam hingga enam puluh boleh menikmati filem ini, di mana, alat yang sebenarnya memainkan peranan yang penting."

 —Vikram Kumar mengenai filemnya,dalam satu wawancara dengan The Times of India.[3]

Pada bulan Ogos 2009, pengarah Vikram Kumar mengumumkan bahawa beliau akan mengarahkan sebuah filem yang bertajuk, 24. Filem ini akan diterbitkan oleh Mohan Natarajan dan perlakon ikram dalam peranan utama. Dalam satu wawancara dengan The Times of India di Chennai, Vikram Kumar meyatakan bahawa Ileana D'Cruz akan memainkan watak wanita utama. Pada Februari 2010, Vikram Kumar secara rasmi mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengarahkan filem tersebut. Vikram Kumar menjelaskan beliau ingin mengubah sedikit skrip filem itu tetapi ditolak oleh pelakon Vikram dan penerbit filem.Vikram Kumar kemudian mendekati Mahesh Babu dengan skrip itu, yang tidak berminat dengan tawaran itu.Pada bulan Ogos 2014, s Pelakon Suriya telah disahkan sebagai perlakon lelaki utama serta akan menerbitkan filem tersebut.

Perkembangan Watak

Pelakon Suriya telah memainkan tiga watak berlainan dalam filem ini. Pengeluar mengadakan perbincangan yang berpotensi dengan Catherine Tresa [18] untuk peranan wanita utama sebelum Samantha telah dimuktamadkan pada Februari 2015. Pada bulan Julai 2015, Nithya Menen telah ditambah dalam projek ini untuk memainkan watak utama yang lain. Saranya Ponvannan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada salah satu daripada watak Suriya dalam filem itu

Penggambaran

Fotografi prinsipal dimulakan di Mumbai pada 8 April 2015.Sebuah lagu romantis telah difilemkan di Nashik pada awal bulan Jun 2015. Manakala sesetengah adegan tertentu telah difilemkan di studio Filmistan, Goregaon. Kerja-kerja VFX turut dilakuka di studio yang sama. Filem ini juga digambarkan di Poland.