2_Fast_2_Furious
2_Fast_2_Furious

2_Fast_2_Furious

2 Fast 2 Furious ialah filem tahun 2003 yang merupakan judul kedua siri The Fast and the Furious, menyusul selepas filem The Fast and the Furious. Ia dibintangi Paul Walker, Tyrese Gibson, Eva Mendes, Devon Aoki dan Chris 'Ludacris' Bridges; serta diarahkan oleh John Singleton. Runut bunyi adalah hasil ciptaan David Arnold.Paul Walker kembali sebagai seorang bekas polis bernama Brian O'Connor yang berpasangan dengan rakan lamanya Roman Pearce (Tyrese). Cerita mengisahkan bagaimana mereka menumpaskan sindiket pemalsuan wang oleh seorang "raja dadah" Miami Carter Verone (Cole Hauser) setelah bekerja dengan ejen samaran Monica Fuentes (Mendes).Jumlah perbelanjaan bagi penerbitan filem ini adalah lebih kurang $76 juta. Masa tayangan adalah 107 minit, dengan klasifikasi 18SG di Malaysia.