Artaxerxes III ("Ochus") mewarisi Artaxerxes II sebagai raja Parsi dan memulihkan kuasa pusat terhadap satrap-satrap empayar Parsi. Untik naik takhta, beliau membunuh kebanyakan saudaranya.
Republik Rom
Tentera Rom menewaskan tentera Volsci dan mengilhakkan kebanyakan wilayah mereka serta menetapnya dengan banyak kolonis-kolonis Rom. Rom juga memaksa Liga Latin supaya membaharui perikatan rapatnya dengan Rom, sebuah perikatan yang telah dilemahkan oleh kekalahan Rom di tangan tentera Gaul pada tahun 390 SM.
Yunani
Philip II dari Macedon menyerang puak-puak bukit di Paeonia dan menewaskan mereka dengan muktamad. Beliau memperluas kuasanya ke kawasan pedalaman Paeonia sejauh Tasik Ohrid.
Cersobleptes, bersama-sama dengan Amadocus dan Berisades, adik-beradiknya, mewarisi dominion-dominion Cotys I, raja Thrace, selepas pembunuhan Cotys. Bagaimanapun, pengurusan keseluruhan tentang hal ehwal Thrace terletak di bawah Charidemus, penggembara Euboea, yang mempunyai hubungan dengan keluarga diraja melalui perkahwinan dan yang memainkan peranan yang utama dalam perundingan-perundingan yang menyusul dengan Athens untuk penguasaan Semenanjung Thrace.