Cimon, jeneralAthens, belayar ke Cyprus dengan 200 buah kapal triremLiga Delos. Di sana, beliau menghantar 60 buah kapal ke Mesir untuk membantu tentera Mesir di bawah Amyrtaeos yang sedang bertempur dengan angkatan Parsi di Delta Nile. Cimon menggunakan kapal-kapal yang tinggal untuk membantu pemberontakan negara-negara kota YunaniCypriot terhadap penguasaan Parsi di pulau itu. Cimon mengepung kubu Parsi di Citium yang terletak di pantai barat daya Cyprus tetapi pengepungan itu gagal, dan Cyprus kekal di bawah penguasaan Phoenicia dan Parsi.
Semasa pengepungan, Cimon meninggal dunia dan kuasa pemerintahan armada diberikan kepada Anaxicrates. Anaxicrates bertolak dari Citium untuk melawan armada Phoenicia dalam Pertempuran Salamis di Cyprus. Armada Yunani menewaskan tentera Parsi dan sekutu-sekutunya, dan kemudian kembali ke Athens.
Athens mengurangkan ufti yang dikenakan pada negara-negara kota taklukannya (iaitu ahli-ahli Liga Delos), dan setiap kota dibenarkan mencetak duit syiling sendiri.
Kejayaan Perintahan Bersepuluh pertama menyebabkan pelantikan Perintahan Bersepuluh yang kedua yang juga termasuk orang-orang marhaen antara ahli-ahlinya. Perintahan Bersepuluh yang kedua ini menambahkan lagi dua tajuk kepada sepuluh tajuk yang dahulu dan dengan itu, melengkapkan Undang-undang Dua Belas Jadual (Lex Duodecim Tabularum) yang kemudian menjadi teras undang-undang Rom buat berabad-abad yang berikut. Bagaimanapun, pemerintahan Perintahan Bersepuluh ini beransur-ansur menjadi semakin ganas dan zalim.
Selepas kejayaan-kejayaan permulaan yang kecil (termasuk penawanan Inessa daripada kolonis-kolonis Yunaninya), Ducetius, seorang ketua keyunanian Siculi (penduduk-penduduk kuno Sicily), ditewaskan secara muktamad oleh gabungan angkatan tentera Syracuse dan Acragas. Ducetius melarikan diri dalam buangan ke Corinth.
k.k. 450 SM - 440 SM - Lukisan kanak-kanak perempuan dengan burung pada sebuah batu perkuburan di Paros, dibuat dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
k.k. 450 SM - 440 SM - Lukisan wanita dengan pembantunya dalam gaya Achilles Painter, iaitu hiasan latar belakang putih dengan susuk badan hitam pada tembikar lekitos, dan lukisan tambahan dengan menggunakan tempera, dibuat, dan kini berada di Muzium Seni Halus, Boston.