Sinopsis 47_Meters_Down

Lisa (Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) merupakan dua orang adik beradik yang bercuti ke Mexico. Teman lelaki Lisa telah memutuskan hubungan mereka kerana "dia telah membuatkan hubungan mereka bosan." Kate cuba menceriakan Lisa dan mereka bertemu dengan dua orang lelaki tempatan yang menceritakan mengenai menyelam di dalam sangkar bersama jerung. Pada mulanya Lisa enggan melakukannya, namun dipujuk oleh Kate. Mereka melalui pengalaman menyelam di dalam sangkar sambil dikelilingi jerung-jerung yang besar. Namun, ketika sangkar mereka cuba dinaikkan, tiba-tiba rantai yang dipautkan pada sangkar mereka putus dan menyebabkan mereka tenggelam sedalam 47 meter di dalam dasar laut. Dengan alat komunikasi yang tidak berfungsi di bawah 47 meter dan tangki oksigen yang semakin kehabisan serta beberapa serangan jerung ketika di dasar laut tersebut, Lisa dan Kate cuba menyelamatkan diri mereka.