Ahli 6ixth_Sense_(kugiran)

Ahli Sekarang

  • Adi (penyanyi utama)

Adi Priyo Sambodo merupakan penyanyi utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Jember, Indonesia. Beliau lahir pada (1983-10-01) 1 Oktober 1983 (umur 36). Antara lagu ciptaanya adalah seperti Khatimah Cinta dan Hikayat Cinta.

  • Gjie (pemain gitar)

Mohd Faiz Azizi Arlis merupakan gitaris utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-11-23) 23 November 1985 (umur 34). Antara lagu yang diciptanya adalah seperti Tanpa, Maafkanku dan Kelam

  • Athan (pemain gitar)

Shahrul Effendy merupakan ahli terbaru 6ixth Sense yang menggantikan Airbone di posisi gitar kedua. Beliau menggantikan Airbone sejak Airbone menyatakan hasratnya untuk menarik diri selepas penghasilan album kedua mereka. Dikhabarkan Atan akan bersama 6ixth Sense untuk album ketiga dan seterusnya nanti. Atan yang sebelum ini memang telah lama mengenali anggota 6ixth Sense dan sentiasa mengikuti persembahan kumpulan itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk menyerasikan diri dalam kumpulan tersebut malah mereka telah berkawan rapat.

  • Wan (pemain dram)

Mohd Safwan Hasnan merupakan pemain dram 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1987-04-25) 25 April 1987 (umur 32). Antara lagu yang diciptanya adalah Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa

  • Ayoy (pemain bass)

Mohd Fairos Ramli merupakan pemain bass 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-07-31) 31 Julai 1985 (umur 34).

Bekas Ahli

  • Airbone (pemain gitar)

Mohd Azmi Yahaya merupakan bekas pemain gitar 6ixth Sense. Beliau berasal Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-12-15) 15 Disember 1985 (umur 34). Beliau telah menyatakan hasrat untuk menarik diri sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Tempat yang dikosongkan oleh Airbone kini diganti oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dikenali sebagai Atan.