Sejarah 7-Eleven

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais.[2] Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.

Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas.[3]Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.[4]

Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.[5] Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat te;ah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.[6][7]

Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991,[8] semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di American, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.

Rujukan

WikiPedia: 7-Eleven http://www.7-eleven.com/ http://www.7-eleven.com/about/globalsites.asp http://www.7-eleven.com/about/globalsites.asp#us http://www.7-eleven.com/about/profile_australia.as... http://www.7-eleven.com/about/profile_canada.asp http://www.7-eleven.com/about/profile_malaysia.asp http://www.7-eleven.com/about/profile_mexico.asp http://www.7-eleven.com/about/profile_singapore.as... http://www.7-eleven.com/about/profile_sweden.asp http://www.7-eleven.com/newsroom/funfacts.asp