Sinopsis 7_Petola_Cinta

Kamal (Fathil Dani) mempunyai seorang anak muda bernama Habibol (Johan As'ari) yang sering berfoya-foya serta menukar teman wanitanya dan pernah putus tunang tiga kali. Justeru, bapanya putus asa kerana gagal mendidik. Satu hari Kamal nekad dan menegur anaknya serta kenderaan mewah anaknya dinyatakan telah dijual. Kamal arahkan anaknya menemui Miaw (Rahim R2). Setelah menemui Miaw, Habibol diberikan sebuah basikal, kompas serta peta panduan tujuh ladang petola. Miaw berpesan di setiap ladang dapatkan satu petola serta kodnya dan ikut arahan pemilik ladang. Habibol kemudiannya ke ladang-ladang berkenaan.Setiap pemilik ladang membimbing Habibol melalui tazkirah ringkas, melakukan sedikit kerja ladang, beribadah serta mendapat cebisan maksud beberapa ayat Al- Quran yang menyarankan beribadah, mendekati Allah dan berkelakuan baik mengikut lunas keislaman. Akhirnya 7 kod di petola di bawa balik dan terdapat kod iaitu Lidah, Mata, Perut, Hati, Tangan, Kaki dan Sejadah. diserahkan kepada Miaw.