8TV_Unzipped

8TV Unzipped ialah sebuah siri gig muzik yang dianjurkan oleh saluran televisyen 8TV dengan bantuan Monkey Bone Records, sebuah syarikat rakaman yang bersekutu dengan 8TV. Siri ini merangkumi 12 acara persembahan yang dibintangi para pemuzik dan penyanyi Malaysia, terutamanya kugiran indie tetapi termasuk juga beberapa artis solo. Acara-acara 8TV Unzipped juga dirakam untuk disiarkan di kaca TV.Menurut Sunil Kumar, penerbit siri gig ini, tujuan 8TV Unzipped diadakan adalah untuk "menyediakan sokongan untuk artis-artis atau kugiran-kugiran indie tempatan untuk meluaskan pengaruh dalam persada muzik Malaysia," dalam keadaan yang begitu susah bagi pemuzik rock tempatan diberi pendedahan baik dalam radio mahupun televisyen berbanding pemuzik genre-genre lain.[1]Setakat ini (November 2008), cuma terdapat satu musim 8TV Unzipped, namun adanya perancangan untuk mengadakan musim-musim baru dalam jangka masa terdekat.