Sejarah 8_Renjer_Para

Pada peringkat awal penubuhannya, kebanyakan tugas 8 RRD bertumpu di Sarawak sehingga pasukan tersebut dipindahkan ke Perak pada Februari 1977. Semasa di Perak, pasukan ini telah melaksanakan 48 operasi di sekitar daerah Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar. Kejayaan terbesar pasukan adalah apabila berjaya membunuh lima anggota Parti Komunis Malaya dalam satu pertempuran ketika Operasi Setia di hutan Keramat Pulai, Perak.

Beberapa anggota 8 Renjer dianugerahkan pingat keberanian termasuk Pegawai Waran II Kanang anak Langkau yang menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Turut menerima anugerah Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) adalah Sarjan Michael Riman Bungat, Sarjan Beliang anak Bali. Kanang anak Langkau sendiri mendapat anugerah PGB, sekali gus menjadikannya penerima dua pingat keberanian tertinggi negara.

Batalion ini sekarang ditempatkan di Kem Terendak, Melaka dan merupakan salah satu batalion yang membentuk 10 Briged Para.