Sinopsis A.I_in_Love

Audria seorang 'SOSIAL MEDIA INFLUENCER' yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek PROTOTAIP 'T-SMART GLASS' yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih 'cinta monyetnya' dulu.