Kematian A._Rahman_Hassan

Datuk A. Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.40 tengah malam 12 Jun 2019 akibat komplikasi paru-paru. Beliau sebelum ini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang akibat pendarahan otak dan angin ahmar dan dikejarkan ke hospital pada 1 Jun akibat sesak nafas.[2] Menurut Khir Rahman, jenazah bapanya akan dibawa ke kediaman keluarga tersebut di Taman Sri Ukay sebelum dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Taman Keramat.[3]