A._Ubaidillah_Alias

A. Ubaidillah Alias merupakan seorang penulis kelahiran Kelantan. Dilahirkan di Salor dan dibesarkan di Kampung Belukar, Cabang Tiga Pendek. Beliau pernah bersekolah di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong. Kemudiannya beliau mengambil ijazah dalam jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[1]Telah berkahwin dengan Siti Hawa Faisal yang merupakan graduan syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra KIAS dan mendapat tiga orang cahaya mata daripada perkahwinan tersebut. Anak pertama bernama Khadijah Mukhlisah, anak kedua bernama Amin Mukhlis, anak ketiga bernama Ammar Mukhlis.