AIM_2002_(album_kompilasi)

Album AIM 2002 merupakan sebuah album himpunan yang diterbitkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bersempena dengan penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-9. Sebanyak 16 buah lagu popular yang diterbitkan pada tahun 2001 telah terpilih daripada sejumlah 596 pencalonan yang diterima.Pemilihan dibuat oleh jawatankuasa AIM berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan serta mendapat tempat di kalangan pendengar. Malah, lagu-lagu yang dimuatkan juga seringkali dimainkan di corong-corong radio dan sering mendapat permintaan serta memenangi beberapa anugerah dan penghargaan sepanjang tahun[1].

AIM_2002_(album_kompilasi)

Dikeluarkan pada 15 April 2002
Penerbit Tan Su Loke
Genre Pop
Syarikat Suria Records
RIM