AK-47
AK-47

AK-47

Senjata api AK-47, rasminya dikenali sebagai Avtomat Kalashnikova (bahasa Rusia: Автома́т Кала́шникова, tr. Avtomát Kaláshnikova, tts. Raifal Automatik Kalashnikov; juga dikenali sebagai Kalashnikov dan AK) adalah raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Rusia Izhmash, dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin. Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan, dikebukkan untuk kartrij kaliber sederhana 7.62x39mm M43, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal gempur (assault rifle) pertama.Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing), berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa orang pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di KRSS sebagai perekabentuk teknikal.AK-47 juga mempunyai reputasi legenda sebagai senjata yang tahan lasak, boleh diharap, dan mudah dibaikpulih di lapangan (field maintenance). Disebabkan rekod ini dan kos penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta laras telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Rusia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya di kebanyakan negara Dunia Ketiga.