Operasi AK-47

Gambarajah menunjukan rekabentuk AKM. Termasuk arahan untuk menyahpasang senjata untuk pembaikan.

Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan (selector lever) ke kanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pencekah (cocking lever) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.

Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik. Tuil pilihan melindungi selak dan pemegang pencekah (cocking handle) apabila ia berada dalam keadaan selamat, oleh itu raifal AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan dibuka. Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan ke atas, ia melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pencekah, dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.

Tuil pilihan menghasilkan bunyi "KA-CHUNK!" yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain.

Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan selak, dan tuil pilihan melindungi bukaan di belakang pemegang pencekah agar dapat menghalang pasir dan habuk daripada masuk. Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata buatan antarabangsa mungkin mempunyai tanda "0" pada kedudukan ini.