ALGOL

ALGOL (ringkasan bagi ALGOrithmic Language)[1] merupakan keluarga bahasa pengaturcaraan pengaturcaraan imperative yang pada asalnya dibangunkan pada pertengahan 1950-an yang banyak mempengaruhi bahasa pengaturcaraan lain, dan menjadi de facto way algorithm yang digambarkan dalam buku teks dan hasil kerja akademik bagi 30 tahun berikutnya. Ia direka bagi mengelakkan apa yang dianggap masaalah bagi FORTRAN dan akhirnya menghasilkan banyak bahasa bahasa pengaturcaraan lain (termasuk Pascal). ALGOL menggunakan blok ayat berkurungan dan merupakan bahasa pengaturcaraan pertama yang menggunakan pasangan begin end bagi menandakannya. Serpihan sintek seperti-ALGOL kadang kala masih digunakan sebagai notasi bagi algorithm, dikenali sebagai Pidgin Algol.Terdapat tiga cabang rasmi keluarga ALGOL:Niklaus Wirth mengasaskan Algol-Wnya sendiri pada ALGOL 60, sebelum berpindah dan memajukan Pascal. Algol-W bertujuan sebagai generasi ALGOL berikutnya, tetapi komitee ALGOL 68 memutuskan bagi reka bentuk yang l;ebih rumit dan maju berbanding ALGOL 60 yang lebih ringkas dan bersih. Versi ALGOL rasmi dinamakan bertahun selepas ia mula diterbitkan.

ALGOL

Paradigma bahasa pengaturcaraan prosedural, bahasa pengaturcaraan Imperative, bahasa pengaturcaraan berstruktur
Muncul pada 1958
Mempengaruhi CPL, Pascal, Ada, Scheme
Direka oleh Direka oleh komitee