AO-63

AO-63 adalah raifal gempur dua laras Soviet, yang mampu tembakan automatik sepenuhnya, dengan kebuk untuk peluru 5.45x39mm. Ia direka oleh S.G. Simonov dan P.A. Tkachev, dan dihasilkan oleh TsNIITochMash[1].Raifal ini dapat mencapai tahap maksimum tembakan 6,000 butir/min, ketika menembak dalam mod letus dua peluru, sehingga menjadikannya raifal gempur terpantas diketahui. Menurut beberapa sumber senjata itu menggunakan sistem suapan tatarajah laras atas/bawah dengan lelopak peluru di bahagian atas dengan kapasiti 50 atau 100 butir.Raifal gempur AO-63 digunakan oleh Spetsnaz ketika percubaan "Abakan" pada pertengahan 1980-an, dalam usaha mencari alternatif yang lebih tepat untuk mengambil alih peranan AK-74, dengan AN-94 menjadi pemenang di antara pelbagai senjata lain[2].

AO-63

Kaliber 5.45mm
Tempat asal  Kesatuan Soviet
Sistem suapan Lelopak kotak serasi AK-74
(45 atau 60 butir)
Jarak tembakan efektif 600 meter
Kadar tembakan 850-6000 butir/min
Direka 1986
Kartrij 5.45x39mm
Laras 2
Berat 3.68 kg
Panjang 890 mm
Pereka S. G. Simonov and P. A. Tkachev
Penglihatan Pejera besi
Digunakan oleh Spetsnaz
Pengeluar TsNIITochMash
Jenis Raifal gempur