APF-MP1000

APF-MP1000 merupakan konsol generasi kedua yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar konsol APF Electronics Inc. pada tahun 1978. Konsol ini merupakan konsol 8-bit berdasarkan kepada cip mikpemproses yang digunakan. Dua model dikeluarkan dari konsol ini iaitu M-1000 dan MP-1000[2]. Konsol APF-MP1000 mempunyai permainan video terbina berjudul Rocket Patrol. Konsol ini merupakan sebahagian daripada APF Imagination Machine[2].