AREX
AREX

AREX

Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang, Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon atau lebih dikenali sebagai AREX (dieja A'REX sebagai nama jenama) ialah laluan kereta api penghubung dan komuter yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dengan stesen Seoul. Bahagian penghubung di antara dua lapangan terbang itu dibuka pada 23 Mac 2007 sebelum laluan lanjutan ke stesen Seoul dibuka pada 29 Disember 2010. Perkhidmatan kereta api laju Ekspres Kereta Api Korea (KTX) mula menggunakan laluan ini pada 30 Jun 2014.

AREX

Status Beroperasi
Pemilik Pemerintah Republik Korea
Sistem Kereta Api Kawasan Ibu Negara
Pengelektrikan 25 kV/60 Hz AC katenari
Bilangan landasan 2
Pengisyaratan ATC/ATO
Stesen 12 (2 lagi belum beroperasi)
Terminal Seoul
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)
Dibuka 23 Mac 2007
Panjang aliran 58 km (36 mi)
Pengendali Perbadanan Kereta Api Lapangan Terbang, KTX
Nama lain A'REX
Nama asal 인천국제공항철도
仁川國際空港鐵道
Incheongukjegonghang-cheoldo
Kelajuan operasi 110 km/h (68 mph)
Jenis Komuter, kereta api lapangan terbang