Kereta_Api_Kawasan_Ibu_Negara

Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan (Bahasa Korea: 수도권 전철) ialah sistem kereta api bandar yang terdiri daripada 21 laluan kereta api bawah tanah, rel ringan, kereta api komuter dan transit rakyat yang terletak di kawasan barat laut negara Korea Selatan. Sistem ini memberi khidmat di kebanyakan kawasan ibu negara Seoul, metropolis Incheon dan bandar-bandar satelit di wilayah Gyeonggi. Sesetengah laluan serantau di dalam rangkaian ini menjangkau sehingga ke kawasan desa di utara wilayah Chungnam dan barat wilayah Gangwon.[3]Laluan kereta api pertama dalam rangkaian ini Laluan 1 mula dibina pada 1971 dan dibuka pada 1974, dengan operasi langsung ke kereta api pinggir bandar milik Korail. Hari ini, rangkaian tersebut merupakan salah satu sistem kereta api terbesar di dunia dengan panjang landasan sehingga 331.5 km (206.0 mi) untuk Laluan 1 hingga 9 sahaja, dengan perkhidmatan tanpa wayar dan internet di kesemua kereta api dan pintu tabir platform di kebanyakan stesen disediakan. Ia juga mempunyai maklumat kereta api dalam masa nyata di setiap stesen.

Kereta_Api_Kawasan_Ibu_Negara

Pemilik
  • Pemerintah Korea Selatan,
  • Pemerintah Metropolitan Seoul, Bandaraya Incheon,
  • Bucheon, Uijeongbu, Yongin
  • dan syarikat swasta lain
Panjang sistem 1,113.2 kilometer (691.7 mi)
Bil. penumpang tahunan 2.619 bilion (2013, laluan 1-9)[1]
1.027 bilion (2012, Korail)[2]
Jumlah stesen 680
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Lokasi Kawasan Ibu Negara Seoul dan kawasan sekitarnya
Jenis transit Alihan laju, kereta api komuter
Jumlah laluan/aliran 21
Pengendali Seoul Metro, Korail, Perbadanan Transit Incheon dan pengendali kereta api swasta lain
Nama asal
  • 수도권 전철 / 首都圈 電鐵
  • Sudogwon jeoncheol
Mula beroperasi 15 Ogos 1974; 45 tahun yang lalu (1974-08-15)