A_Journey_Called_Life

A Journey Called Life (Aksara Cina Tradisional: 金石良缘) ialah drama moden TVB yang disiarkan pada 2008.Selepas berpasangan dalam filem Virtues of Harmony 2, Steven Ma dan Linda Chung berpasangan sekali lagi dalam siri drama ini. Kali ini juga merupakan kali kedua watak Steven dan watak Fala Chen merupakan adik-beradik, dengan kali pertama berlaku dalam Steps, siri TVB pada 2007.A Journey Called Life juga merupakan salah satu daripada hanya beberapa siri TVB yang berkenaan dengan isu-isu dan senario-senario hidup nyata. Seluruh siri ini yang melibatkan kedua-dua kemoralan dan ajaran hidup menampilkan masalah yang dihadapi oleh remaja dan pemuda pada dekad yang lalu... termasuklah dadah, pengguguran, rogol, kepercayaan dan hubungan keluarga, wang, dan ketamakan.