Sinopsis A_Journey_Called_Life

Sejak ibunya meninggal dunia ketika dia masih muda lagi, Sze Ka-Ka (Linda Chung) bersifat suka melawan dan menjalani kehidupan yang tidak berakhlak seperti menghisap dadah dan minum arak. Disebabkan dia dipandang rendah oleh keluarga tiri, selain tertimbul salah faham tentang kematian ibunya, Ka dan keluarganya tidak bergaul mesra. Apabila mayat ibunya hilang, Ka bergegas mencari-carinya. Akhirnya, dia mendapati bahawa mayat ibunya berada di kilang batu Kam Shek (Kent Cheng). Namun kasih sayang Ka terhadap ibunya menarik hati Shek dan pengikutnya, Shing Yat-On (Steven Ma). On berkawan dengan Ka dan membantunya menyelesaikan banyak masalah peribadi, malah mencari pekerjaan untuknya di syarikat yang kakaknya, Shing Mei-Sum (Fala Chen), bekerja. Ka menghargai kesemua yang dilakukan oleh On dan beransur-ansur memperbaik gaya hidupnya. Mereka semakin menyayangi satu sama lain tetapi tidak saling mengakui cinta mereka kerana kedua-dua mereka takut berpatah hati dan lebih selesa mengekalkan hubungan bak adik-beradik. Akhirnya, peluang tertimbul apabila Shek masuk hospital untuk menjalani pembedahan jantung. Shek menyuruh Ka menggantikannya sebagai jurulatih maraton kepada On. Apabila On memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan itu dan merayakan kejayaannya dengan pelari pasangannya yang lama, Ka berasa cemburu tetapi hanya melalui peristiwa itu bahawa mereka dapat mendedahkan perasaan sesama mereka.

Sum seorang wanita yang mementingkan kebendaan dan yang berhasrat untuk mengahwini orang kaya. Dia berpacaran dengan bosnya Tung Ka-Cheung (Cheng Tse-Sing) sementara berhubungan sulit dengan anak lelaki Kam Shek Wing-Loi (Raymond Cho). Apabila dia tidak sengaja mengandung, dia menjalani pengguguran kerana dia tidak mahu bayi itu menghancurkan peluangnya untuk berkahwin dengan orang kaya. Keluarganya amat sangat kecewa dengan Sum. Sewaktu hubungan Sum dengan keluarganya semakin merosot, Cheung juga mendedahkan bahawa dia sedar akan hubungan cinta Sum dengan Loi dan memutuskan hubungan mereka dengan serta-merta. Ditolak oleh keluarga dan kini tanpa seseorang pun yang dapat bergantung, Sum berasa sedih lalu melegakan tekanannya melalui minuman arak. Ka yang kini hamil, walaupun diberitahu bahawa dia sukar mengandung, dilanggar oleh Sum yang memandu kereta sewaktu mabuk dan dengan itu, kehilangan anaknya. Kerana tusukan rasa bersalah terasa di hatinya, Sum membunuh diri melalui mati lemas. On menjadi murung dan hilang sikapnya yang optimistik untuk terus hidup. Walau bagaimanapun, dengan bantuan Ka, On sekali lagi menemukan harapan lalu mampu menghabiskan maraton yang disediakan begitu lama.