1090 SM (atau tahun Dubuk) - Kejatuhan ekonomi Mesir yang mengakibatkan kemunculan para perampas makam. Disebabkan oleh ini, tahun ini merupakan tahun terakhir yang Lembah Raja-raja digunakan untuk pengebumian.
1068 SM - Codrus, raja dongeng Athens, mangkat dalam pertempuran terhadap penyerang-penyerang Dorian selepas pemerintahan selama 21 tahun. Tradisi Athens menganggap baginda sebagai raja terakhir yang memegang kuasa mutlak. Para ahli sejarah moden menganggap baginda sebagai raja terakhir yang riwayat hidupnya merupakan sebahagian mitologi Greek. Baginda diwarisi oleh anak lelakinya, Medon.
k.k. 1000 SM - Orang-orang Latin datang ke Itali dari kawasan Danube.
k.k. 1000 SM - Bukti arkeologi yang diperoleh daripada inskripsi-inskripsi yang diekskavasi pada tahun 2005 menetapkan bahasa Tamil, sebuah bahasa klasik yang dituturkan di India, pada sekitar tahun ini.