Penerbitan Abang_Long_Fadil_3

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan Abang Long Fadil 3 akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[1] dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[1] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[2][3] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[4][5][6]