Sinopsis Abang_Sado_Jemur_Kain

Mengisahkan tentang Marzuki, Budin dan Riduan yang telah membuka satu kawasan perlindungan haiwan. Marzuki merupakan seorang bekas samseng namun kini dia telah pun berkeluarga dan telah menghentikan perangai buruknya itu.

Marzuki tinggal bersama isterinya Elyana dan seorang anak lelakinya bernama Amir. Marzuki juga mempunyai seorang ibu mertua bernama Mariam yang juga tinggal bersama mereka.

Satu hari ketika Marzuki sedang berehat bersama keluarganya, dia mendapat panggilan dari seorang kawan bernama Dino. Dino menghubunginya kerana memerlukan pertolongan.

Apabila melihat Marzuki bergegas keluar rumah untuk membantu Dino, ibu mertuanya mula musykil. Mariam mula menyoalnya kerana beranggapan Marzuki masih seorang samseng. Marzuki berkeras menafikan tuduhan Mariam.

Bila Marzuki berjumpa Dino, dia memaklumkan pada Marzuki bahawa nyawa dirinya berada dalam bahaya. Dino sedang dikejar samseng kerana dia tersalah mengorat seorang wanita yang merupakan isteri kedua kepada ketua kumpulan samseng.

Namun Marzuki mengatakan yang dia tidak dapat membantu Dino kerana telah bersara dari dunia samseng. Dino kecewa tetapi dia terus memujuk Marzuki untuk membantunya.

Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Dino memujuk Marzuki?