Abd_Manaf_bin_Qusai

Abd Manâf bin Qusai (Bahasa Arab: عبد مناف بن قصي) atau Abd Manaf ialah pengasas kepada Bani 'Abd Manâf. Ayahdanya ialah Qusai bin Kilab. Nama asal Abd Manaf ialah Mughirah juga bergelar Qamar al-Bathha (bulan Bathha). Menurut riwayat, beliau merupakan seorang yang sangat soleh, suka mengajak orang kepada kebajikan, bijak, peramah dan memelihara hubungan yang sangat baik dengan kaum kerabatnya. Nama Abd Manaf sendiri sebenarnya bererti hamba kepada Manaf, iaitu salah satu dari dewa-dewa yang menjadi sembahan masyarakat Arab jahilliyah kuno sebelum kedatangan Islam.Walaupun sangat terhormat di kalangan masyarakatnya, beliau tidak pernah melebih-lebihkan kekandanya Abd al-Dâr dalam urusan jawatan yang berhubungan dengan Kaabah.[1]