Pendidikan Abdul_Ajib_Ahmad

Ajib Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Segamat dan Kolej Hampar di Kuala Kangsar. Dia merupakan lulusan ekonomi (BA Hons) dari Universiti Malaya pada 1971. Selepas aktif politik, beliau menjadi penasihat kepada Musa Hitam yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menang bertanding di kerusi parlimen Mersing dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Dia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [1]

Dalam perebutan UMNO 1987, beliau menyebelahi pemberontakan yang dipimpin oleh Datuk Rais Yatim dan Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian menubuhkan Parti Semangat 46. Oleh itu beliau digugurkan dari kabinet pada 1987.[2]

Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 6 Februari 2011 pada usia 64 tahun akibat sakit jantung. Isterinya Datin Ropeah Hassan (60) dan mereka mempunyai 4 anak.Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara Heights, Damansara, Kuala Lumpur.Kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.