Kerjaya Abdul_Kadir_Jasin

Kadir Jasin dilahirkan pada 23 Ogos 1947 di Kampung Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star), Kedah.

Selepas belajar di Tingkatan 6 di Kedah, beliau menjadi wartawan di Bernama (1969) yang ketika itu terletak di sebuah banglo lama di Jalan Tun Abdul Razak. Ketika itu, Peristiwa 13 Mei baru sebulan berlalu. Ketika itu, masih banyak mayat mangsa di Hospital Besar Kuala Lumpur belum dituntut.

Kerjaya wartawan memang sesuai dengan dirinya. Beliau pernah menjadi "Group Editor" di NSTP (1988-2000) dan merupakan Ketua Editor di Berita Publishing Sdn Bhd[3] (2000-sekarang); menulis kolum "Other Thots" dalam majalah Malaysian Business dan telah menterjemah buku tulisan Tun Dr Mahathir, "Doctor In The House" kepada bahasa Melayu iaitu bertajuk "Doktor Umum".

Rujukan

WikiPedia: Abdul_Kadir_Jasin http://kadirjasin.blogspot.com/ //scholar.google.com/scholar?q=%22Abdul+Kadir+Jasi... //www.google.com/search?&q=%22Abdul+Kadir+Jasin%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Abdul... //www.google.com/search?q=%22Abdul+Kadir+Jasin%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Abdul+Kadir... http://www.malaysiakini.com/news/119221 http://www.bharian.com.my/sejarah?m=1 http://mpi.my/release/datuk-a-kadir-jasin-a-gem-of... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p147361729