Abdul_Malek_bin_Yusof

Tun Abdul Malek bin Yusof merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dilantik, sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.