Kontroversi Abdul_Rahim_bin_Mohd._Noor

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa, beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru. Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[1] Lantas, akhbar Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sebenarnya Pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[2]

Rahim mendedahkan bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri (sebelum Malaysia 1957) menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[3]