Abdul_Rahman_I
Abdul_Rahman_I

Abdul_Rahman_I

Abdul Rahman I juga disebut sebagai Abd ar-Rahman I atau Abdul Rahman al-Dakhil ("Pendatang") merupakan pengasas khilafah Cordoba. Beliau mengembara bersama-sama pengawal peribadinya selepas kejatuhan kerajaan bani Umaiyah di Damsyik sehingga sampai di Sepanyol. Setibanya di sana, beliau memaklumkan tentang keadaan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan di benua Arab.Dengan itu, kerajaan Islam di Sepanyol mengisytiharkan pemisahan daripada kerajaan bani Abbasiyah dan melantik Abdul Rahman I sebagai Amir bagi kerajaan Islam Sepanyol.