Abdul_Shukor_Husin

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin merupakan seorang agamawan di Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bermula 2005 hingga 2017. Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.[1][2] Beliau juga merupakan mantan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada 1998 hingga 2006 sebelum dinaik taraf sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kemudiannya beliau dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti tersebut bermula 2006 hingga 2010.Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.[3]

Abdul_Shukor_Husin

Lahir 25 Julai 1942
Gerik, Perak
Pekerjaan Ulama
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Digantikan oleh Profesor Dato' Dr Muhamad Muda
Pasangan Puan Sri Ramah Haji Abdul Manan
Anak-anak 6 orang