Kerjaya Abdul_Zamin_bin_Abdul_Kadir

Beliau merupakan pemuzik sepenuh masa dan pernah juga terjun ke bidang lakonan serta pernah menjadi pelakon utama dalam filem "Putera" (1994), "Amelia" (1995) dan "Superstar" (1995) selain pelakon undangan di dalam filem Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012). Selain itu beliau juga merupakan seorang penerbit album rock yang telah menaikkan nama kumpulan Slash, Def Gab-C, Kristal, Double line serta beberapa nama lain. Beliau juga pernah mencuba sebagai seorang penyanyi dan lagu pertama nyanyian beliau ialah dalam album Wings- Orang Asing iaitu lagu yang berjudul "Lupakanlah". Lagu kedua nyanyian beliau ialah Asmara - album Biru Mata Hitamku, lagu ketiga ialah Puisi Aidilfitri duet bersama Mus, lagu keempat Amelia Mawar Berduri dan lagu kelima Joe menyanyikan semula lagu ranjang mawar lagu ini tiada dalam mana-mana album Wings. Lagu ini Joe nyanyi dalam filem Amelia. Beliau juga merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings. Pada tahun 2016 Joe telah meninggalkan kumpulan Wings selepas 28 tahun bersama kumpulan itu dan kemudiannya beliau mengasaskan kumpulan kugiran terbaharunya Prime Domestic yang dianggotai oleh Zul (Vokal), Joe (Gitar), Adi (Keyboard), Rozaimie (Bass) dan Ainol (Drum).