Anugerah Abdullah_bin_Md._Zin

Hasil dari kecemerlangan dalam pendidikan yang telah beliau tonjolkan, maka beliau telah menerima beberapa tajaan pendidikan antaranya ; (1968 – 1972), Biasiswa Kerajaan Arab Saudi (Peringkat B.A.); (1973 – 1975), Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu (Peringkat M.A);  (1986 – 1990), Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) (Peringkat Ph.D); dan pada (1975) beliau telah di anugerahkan Pelajar Terbaik Peringkat M.A. di Mesir. Kecemerlangan beliau tidak terhenti disitu sahaja, beliau terus menyumbang bakti dalam perkhidmatan dan pada tahun (1996) beliau dianugerahkan pula Anugerah Perkhidmatan Terpuji Universiti Kebangsaan Malaysia. Jasa beliau terus dihargai diperingkat negeri dan Kebangsaan lalu dianugerahkan beberapa Pingat Darjah Kebesaran antaranya adalah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ (1996), Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ Seri (2011) serta gelaran Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri (2013). Pada tanggal 15 November 2014, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganugerahkan beliau Anugerah Ijazah Kehormat Dr. Falsafah dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam.