Abdurrahman_bin_Abi_Bakar

Abdul-Rahman ibn Abi Bakr (meninggal dunia 666[1][2]) merupakan anak sulung daripada Abu Bakar, khalifah yang pertama. Ibunya Um Ruman bint Amir ibn Uwaymir ibn Zuhal ibn Dahman dan dia adalah abang kandung Aisyah. Beliau dan tiga anak yang lain daripada Abu Bakr iaitu Abdullah, Aisyah dan Asma dilahirkan antara tahun 595 Masihi hingga 609 Masihi.[3] Dikatakan bahawa beliau mempunyai rasa lucu yang baik.Tidak seperti ahli keluarga yang lain, termasuk bapanya Abu Bakar dan adik perempuannya Aisyah, beliau tidak memeluk Islam sehingga Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi.[4]Empat generasi keluarga Abdul-Rahman mempunyai kelebihan sebagai sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdul-Rahman sendiri, bapanya Abu Bakr 'As-Siddiq', datuknya Uthman Abu Quhafa dan anaknya Abu Atiq Muhammad. Adalah dipercayai bahawa tiada keluarga lain yang mempunyai penghormatan ini.[3]