Acak

Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terbatas) seperti berikutĀ :Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan di dalam bekas.Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan makhluk halus sebagai contoh, saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, ancak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Perkara yang sama juga dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan lantas membolehkan pesakit sembuh.Upacara menyemah berlainan, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin yang diberitahu melalui mimpi ataupun perantaraan lain. Oleh itu, bahan-bahan yang disediakan berlainan, selain daripada kebergantungan kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, ataupun organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tersebut diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.Bagi mereka yang melakukan persembahan teater tradisional, bahan-bahan makanan, terutamanya ayam panggang diletakkan, adakalanya sebagai sajian di sepanjang persembahan, bagi memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancarnya tanpa ada apa-apa gangguan oleh makhluk halus.