Accipitridae merupakan salah satu daripada dua
famili utama dalam
order Falconiformes (burung pemangsa siang). Banyak burung yang terkenal seperti
burung helang,
burung lang, Burung Lawin (Hawks) dan
burung hering Dunia Lama termasuk dalam kumpulan ini. Kebanyakan burung pemangsa yang lain, walaupun bukan kesemuanya, adalah tergolong dalam famili
Falconidae yang sering dianggap sebagai suatu order yang berlainan dan dalam kes tersebut, ordernya ialah
Accipitriformes.
Burung lang tiram biasanya dimasukkan dalam famili
Pandionidae yang berlainan, seperti dengan Burung Sagittarius serpentarius yang tergolong dalam famili Sagittariidae, serta
burung hering Dunia Baru yang kini biasanya dianggap sebagai suatu famili atau order yang berbeza. Data
kariotip (Amaral & Jorge, 2003) menunjukkan bahawa Accipitridae sebenarnya adalah kumpulan
monofili yang berlainan tetapi keputusan adakah kumpulan ini harus dianggap sebagai suatu famili Falconiformes atau order tersendiri akan bergantung kepada cita rasa seseorang.